Wednesday, May 26, 2010

Scientist Muda

Minggu lepas Najwa & Arif berpeluang melawat Lab Uncle Arif...sebenarnya dah lama kami teringin nak tengok Lab Uncle Arif sebab Najwa memang bercita- cita nak jadi Scientist macam Uncle Arif...Uncle Arif buat PhD tentang kuman dalam air panas...hari Sabtu lepas baru Najwa berpeluang sebab kebetulan Uncle Arif agak free hari ni...

Uncle Arif suruh kami bawa gula2 dan air jus sebab nak buat uji kaji tentang kandungan gula dalam makanan tersebut....TQ Uncle Arif kerana beri kami peluang datang ke lab ni...Lihatlah gambar2 kami

Bakal2 Scientist
Papa pun tak mahu melepaskan peluang
Tengah buat uji kaji
Scientist ke Rapper ni
Tengah tengok kuman
Tengah buat uji kaji
Uncle Arif sedang memberi penerangan
Kagum tengok alat2 kat Lab Uncle Arif

Wednesday, May 5, 2010

Waikato River Walk

Minggu lepas Najwa pergi ke Waikato River Walk..kebetulan hari tu adalah Anzac Day...tempat tu cantik sangat...tengoklah gambar2 Najwa ni

Tuesday, April 13, 2010

My ex classmate

Mulai minggu depan Najwa akan masuk ke sekolah baru di Knighton Normal School...tak tahu lagi macammana...harapnya adalah seorg dua Melayu kat kelas Najwa...kalau tak Melayu pun sekurang2nya orang Islam...tak macam kat Glamorgan School dulu tak de langsung orang Islam...

Ni gambar masa hari akhir Najwa kat Glamorgan School...selamat tinggal kawan2 semua

Tuesday, March 16, 2010

Banyaknya Apple

Hari Ahad lepas Najwa dan keluarga pergi kutip buah apple kat coastville...lepas tu kami singgah makan di Kell Park...banyak sangat buah apple...teringat pulak kat kebun rambutan Tok De kat Kampung Mahkota

Tengoklah gambar2 Najwa ni...

SayaSaya & kawan2...Pink Princesswith my mum
Kategori kanak2, sayalah yang paling besar kat Albany ni
kat Kell Part...with my best friend, Mizah

Monday, March 8, 2010

Lawatan 3 hari

Najwa sekarang dah tak berminat nak up date blog...maklumlah asyik duk main pt society je...oleh kerana mama tengok blog ni dah hampir bersawang...mama pun tolonglah up date blog ni...

Sekarang mama nak cerita tentang lawatan Najwa selama 3 hari berturut - turut

1) Rangitoto Island (Rabu)

Sebelum pukul 8 pagi Najwa & kawan2 dah bertolak ke Rangitoto Island sebab kena sampai awal di jeti...kat sana kena naik bot untuk ke Rangitoto Island...Pemandangan di Rangitoto Island ni sangat cantik dan untuk sampai ke puncaknya kena mendaki...penat jugak Najwa & kawan2 mendaki...Rangitoto Island ni terhasil dari letupan gunung berapi kira2 600 tahun dahulu...untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Rangitoto Island sila klik di sini.

Gambar2 Najwa di Rangitoto Island
2) Sky Tower (Khamis)

Pada hari Khamis pula Najwa melawat ke Sky City yang terletak di bandar Auckland...kali ni Najwa rasa lebih seronok sebab Papa pun ikut sama...sebenarnya Papa jadi volunteer/ AJK untuk program ni...Najwa duduk dalam kumpulan Papa...selain dari Najwa ada 4 org lagi kawan Najwa yg duduk kumpulan ni...selain daripada melawat Sky Tower kami juga bermain Thessure Hunt...ooo gerun betul masa Najwa berdiri kat cermin yg transparent & tengok ke bawah...untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sky Tower sila klik di sini

Gambar2 Najwa di Sky Tower
3) Tree Adventure (Jumaat)

Haa ni yang paling best sebab kat sini Najwa & kawan2 berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti memanjat tali, abseiling & lain2...untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Tree Adventure silalah klik di sini

Gambar2 Najwa di Tree Adventure

Itulah serba sedikit tentang aktiviti sekolah Najwa sepanjang minggu lebih...Bestttt!!!!

Tuesday, February 2, 2010

Kenduri at Mizah's House

Today we attend kenduri at Mizah's House...we ate Nasi, kari daging, ayam masak tomato and banyak lagi kuih muih...I feel very happy because I meet many friend, Mizah & her sisters, Aiman, Adib, Zahim, Zafran & Baby Zikr...We wear baju kurung peach color...after finish the kenduri we played outside.. Today I felt very happy.
My Friends and meMama and her friendsWafa always cryWafa race with Anis

Monday, January 11, 2010

Buat kaki ke atas...

Minggu ni Najwa pergi ke Palmerston North ( Rumah kawan papa)...Najwa jumpa ramai kawan kat sana...Sepanjang Najwa berada di Palmerston North banyak aktiviti yang Najwa buat...nilah aktiviti2 nya

Buat jimnastik...tangan kat bawah dan kaki kat atas...ni masa dekat parkTengok kincir angin untuk jana kuasa elektrik

Sleep over kat rumah uncle Khairul...tengoklah ramaikan kawan baru Najwa

Tengok movie kat rumah Batrisyia ( anak uncle Ziad)