Monday, March 8, 2010

Lawatan 3 hari

Najwa sekarang dah tak berminat nak up date blog...maklumlah asyik duk main pt society je...oleh kerana mama tengok blog ni dah hampir bersawang...mama pun tolonglah up date blog ni...

Sekarang mama nak cerita tentang lawatan Najwa selama 3 hari berturut - turut

1) Rangitoto Island (Rabu)

Sebelum pukul 8 pagi Najwa & kawan2 dah bertolak ke Rangitoto Island sebab kena sampai awal di jeti...kat sana kena naik bot untuk ke Rangitoto Island...Pemandangan di Rangitoto Island ni sangat cantik dan untuk sampai ke puncaknya kena mendaki...penat jugak Najwa & kawan2 mendaki...Rangitoto Island ni terhasil dari letupan gunung berapi kira2 600 tahun dahulu...untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Rangitoto Island sila klik di sini.

Gambar2 Najwa di Rangitoto Island
2) Sky Tower (Khamis)

Pada hari Khamis pula Najwa melawat ke Sky City yang terletak di bandar Auckland...kali ni Najwa rasa lebih seronok sebab Papa pun ikut sama...sebenarnya Papa jadi volunteer/ AJK untuk program ni...Najwa duduk dalam kumpulan Papa...selain dari Najwa ada 4 org lagi kawan Najwa yg duduk kumpulan ni...selain daripada melawat Sky Tower kami juga bermain Thessure Hunt...ooo gerun betul masa Najwa berdiri kat cermin yg transparent & tengok ke bawah...untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sky Tower sila klik di sini

Gambar2 Najwa di Sky Tower
3) Tree Adventure (Jumaat)

Haa ni yang paling best sebab kat sini Najwa & kawan2 berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti memanjat tali, abseiling & lain2...untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Tree Adventure silalah klik di sini

Gambar2 Najwa di Tree Adventure

Itulah serba sedikit tentang aktiviti sekolah Najwa sepanjang minggu lebih...Bestttt!!!!

No comments:

Post a Comment